Friday, May 7, 2010

Info Berkaitan Tekanan Darah Tinggi

Tekanan darah merupakan tekanan yang dikenakan kepada pembuluh darah semasa darah mengalir ke seluruh anggota badan akibat daripada proses pengepaman  yang dijalankan oleh jantung. Ianya diukur menggunakan sukatan mmHg (milimeter merkuri) dan terbahagi kepada dua bacaan iaitu bacaan atas dan bawah yang dipanggil tekanan Sistolik dan Diastolik. Tekanan Sistolik atau bacaan Atas menunjukkan tekanan ke atas pembuluh darah semasa denyutan oleh jantung sementara Tekanan Diastolik pula menunjukkan kadar tekanan semasa jantung berehat diantara setiap denyutan tersebut berlaku.

Kebiasaannya kadar tekanan darah dibahagikan kepada 4 fasa iaitu fasa rendah (hipotensi), normal, pra-hipertensi dan hipertensi. Tekanan darah berada pada kadar rendah apabila bacaan sistolik dan diastolik berada kurang daripada paras 90/60 mmHg. Kadar rendah ini dikatakan bahawa ianya tidak boleh berada dibawah daripada paras 50 bacaan sistoliknya kerana dikhuatiri akan menyebabkan serangan jantung akibat daripada kekurangan aliran darah di koroner jantung.

Kadar tekanan darah yang normal bagi setiap manusia berada pada kadar 120/80 mmHg. Fasa pra-hipertensi berlaku sekiranya tekanan darah melebihi 120/80 mmHg hingga mencapai paras 139/89 mmHg. Pada tahap ini, mereka yang diklasifikasikan sebagai menghidap tekanan darah pra-hipertensi selalunya dinasihatkan untuk mengubah cara hidup sedia ada kepada cara hidup yang lebih sihat. Pesakit pra-hipertensi juga berkemungkinan perlu mengambil ubat untuk menurunkan kadar tekanan darah sedia ada kepada paras yang lebih rendah.

Tekanan darah tinggi atau hipertensi terjadi bilamana paras tekanan darah melebihi 140/90mmHg. Sepertimana pra-hipertensi, pesakit darah tinggi juga disarankan untuk mengubah gaya hidup dan perlu mengambil ubat oleh doktor. Pengambilan ubat untuk menurunkan tekanan darah adalah perlu pada ketika hipertensi walaupun ianya belum dapat menyembuhkan penyakit ini secara keseluruhannya.

Walaupun penyakit darah tinggi dikatakan semakin meningkat saban tahun, pengesanan dan perawatan awal adalah perlu supaya ianya dapat dikawal sebelum menjadi parah. Gaya hidup yang lebih sihat adalah penting supaya penyakit seperti darah tinggi ini dapat dihindari daripada menjadi pembunuh utama di negara kita.

Saturday, May 1, 2010

Pengalaman Pengguna Isomedic

Setelah beberapa bulan mengedarkan produk ISOmedic ini, banyak juga rintangan dan cabaran yang telah kami tempuhi. Berbagai-bagai karenah dan juga sokongan dari para pengguna telah kami perolehi. Tapi, yang paling manis bagi pihak kami adalah tentang keberkesanan produk ini terutama dari aspek kesihatan pengguna. Rata-rata pengguna telah memberikan feed-back yang sungguh memberansangkan.

Salah seorang pengguna daripada Seri Kembangan, Puan Askina iaitu isteri kepada sahabat baik saya Adnan Abdullah terkejut setelah mengetahui paras sistolik darahnya yang tidah pernah naik melebihi 100 telah mengakui akan keajaiban produk ISOmedic ini setelah meminum minuman ini selepas setengah jam. Ini kerana beliau sememangnya mempunyai tekanan darah yang rendah selama ini.

Seorang lagi pengguna dan pengedar pihak kami, Saudara Azrai pernah memberitahu saya bahawa keputihan yang sering dialami oleh isterinya telah pulih setelah meminum minuman ini selama beberapa hari. Selain itu, beliau juga juga mengakui bahawa daya ransangan seksualnya juga telah meningkat daripada kebiasaanya walaupun baru meminum ISOmedic selama beberapa hari.

Kebanyakan pengguna daripada kalangan petani dan nelayan daripada kawasan Teluk Bayu, Sg Petani sering menjadikan minuman ini sebagai penguat tenaga setelah kepenatan bekerja di sawah dan sungai sepanjang hari. Kawan-kawan saya juga yang sering out-station dan menempuh perjalanan jauh mengatakan produk ini dapat menguatkan tenaga untuk mereka yang menempuh perjalanan jauh.

Adakah ini secara kebetulan ataupun sengaja direka oleh mereka-mereka yang berkenaan, saya pun tidak dapat memberikan penjelasannya. Pada saya, anda yang perlu tentukannya sendiri kerana anda yang lebih arif tentang tubuh badan anda sendiri. Bagi kami, testimoni dan feed-back yang kami dapat menguatkan lagi azam kami untuk membantu mereka-mereka yang ada di luar sana terutama mereka yang percaya kepada herba-herba yang ada di negara kita.

Sekian.