Monday, April 19, 2010

Ladang Mas Cotek di Sg Petani







Gambar-gambar di atas merupakan anak-anak benih mas cotek yang telah ditanam bermula pada januari tahun lepas. Usia anak-anak benih ketika itu adalah lebih kurang 6 bulan dan setinggi satu kaki setengah (1.5 kaki). Media penanaman yang digunakan merupakan dari hampas kelapa sawit sepenuhnya kerana ia mudah didapati di sini berbanding menggunakan hampas kelapa (cocoapeat).

Keluasan ladang untuk menempatkan anak-anak benih menjangkaui suku ekar dan ditutupi sepenuhya dengan menggunakan jaring berketelusan cahaya sebanyak 70%. Tujuannya supaya anak-anak benih tidak mendapat cahaya matahari yang terlampau untuk menghindarkan daun-daun mas cotek daripada rosak. Penyiraman dilakukan dengan menggunakan sumber dari air telaga sepenuhnya menggunakan pam elektrik berkuasa 2hp berserta dengan sprinklernya sekali.

Jarak antara setiap sprinkler adalah berukuran 25-27 kaki setiap satu walaupun radius untuk penyiramannya menjangkaui 30 kaki untuk memastikan yang anak-anak benih mendapat air siraman secara maksimum. Penggunaan sprinkler yang berkelajuan tinggi dan berbentuk halus penyiramannya disesuaikan untuk benih-benih mas cotek supaya media-media tidak terjejas/ terkeluar dari setiap polibeg.

Untuk mereka-mereka yang berminat mendapatkan benih-benih mas cotek terutamanya di kawasan Utara, bolehlah berhubung dengan pihak kami di :

F468, Kg Bukit Kechil,
Simpor, Sg Petani,
Kedah.
Tel : 016-2070535 ( Zull)
019-4945715(Mardzuki)





Sunday, April 18, 2010

Kandungan dan Kegunaan Ekstrak Mas Cotek Delto

Mas cotek atau dalam bahasa saintifiknya, Ficus Deltoidea merupakan tumbuhan herba yang kini mula mendapat perhatian di kalangan pengamal perubatan tradisional. Selain tongkat ali (Eurocoma Lingofolia) dan Kacip Fatimah (Labisia Pumila), mas cotek dikenali kerana khasiatnya yang dapat merawat pelbagai penyakit dan baik untuk penjagaan kesihatan.

Nama mas cotek diberi sedemikian disebabkan oleh bintik-bintik halus berwarna emas yang terdapat pada permukaan atas setiap helaian daun herba ini. Di Malaysia, para saintis telah mengenalpasti bahawa terdapat lebih daripada 80 spesis tumbuhan ini yang tergolong dalam keluarga Ficus Deltoidea. Difahamkan bahawa setiap bentuk, rasa, bau dan warna pada tumbuhan mas cotek ini menggambarkan kegunaannya untuk merawat penyakit yang berlainan.

Di antara Kandungan dan Kegunaan Ekstrak Mas Cotek Delto adalah

1. Flavonoid - merupakan anti oksida yang kuat yang membantu mengekalkan peredaran darah yang sihat, anti radang, anti rival, juga melindungi hati dan estrogen

2. Tannins - Kegunaannya untuk menegangkan tisu-tisu yang kendur, mengeringkan perembesan air yang berlebihan seperti cirit birit, dan melindungi tisu yang rosak seperti sakit kulit dan melecur

3. Triterpenoids - keberkesanannya untuk membuang serta mengeluarkan kahak disamping membantu dalam penyerapan nutrien

4. Phenols - Mengurangkan dan menghilangkan bengkak

5. Naringin - Bertindak sebagai anti-hypertension /anti-darah tinggi

6. Phytoestrogen - Berkesan dalam melewatkan menopaus (putus haid) atau bertindak sebagai awet muda

7. Moritinol - Sebagai anti-diabetes untuk mengurangkan kandungan gula dalam darah

ISOmedic - Minuman Kesihatan


ISOmedic merupakan produk terbaru keluaran syarikat Delto Medicama Plantation yang menampilkan perubahan yang agak ketara berbanding penghasilan produk-produk herba mas cotek terdahulu. Produk ini dihasilkan melalui kerjasama antara syarikat Delto dan pihak MARDI sebagai pembimbing dan penganalisa minuman tersebut sehinggalah minuman ini tercipta.

ISOmedic ini merupakan minuman tenaga isotonik yang mampu memberi kesan kepada pengguna bukan sahaja dari aspek tenaga malah khasiat di dalam herba mas cotek yang terkandung di dalamnya turut membantu memulihara sistem perjalanan di dalam tubuh badan manusia.

Secara tidak langsung, ISOmedic ini sesuai untuk diminum oleh semua peringkat umur, kecil dan dewasa, lelaki dan perempuan mahupun individu yang mengalami masalah penyakit yang tidak kronik.

Di antara kandungan-kandungan yang terdapat di dalam ISOmedic ini adalah
1. Ekstrak 7 spesis mas cotek
2. Potassium Phosphate
3. Sodium Benzoate
4. Vitamin B Kompleks
5. Sodium Bikarbonat
6. Asid Sitrik
7. Sorbitol
8. Sodium Chloride
9. Taurine
10. Sukrose
11. Nicotinamide
12. Glukose

Menyedari akan kepentingan dan keberkesanan produk ISOmedic kepada pengguna-pengguna terutama di kawasan Utara Semenanjung, SP Herbal Farm telah diberi tanggungjawab sebagai STOKIS WILAYAH UTARA untuk memperkenalkan dan mengedarkan produk tersebut di sana. Untuk mendapatkan produk tersebut, pengguna di kawasan Utara boleh menghubungi talian

016-2070535 (Zull)/ 
019-4945715(Mardzuki) 
atau datang sendiri ke
F 468, Kg Bukit Kechil, Sg Petani

Pihak kami juga mengalu-alukan kepada mana-mana pihak untuk menjadi pengedar-pengedar di kawasan masing-masing selagi kuota masih ada.