




Gambar-gambar di atas merupakan anak-anak benih mas cotek yang telah ditanam bermula pada januari tahun lepas. Usia anak-anak benih ketika itu adalah lebih kurang 6 bulan dan setinggi satu kaki setengah (1.5 kaki). Media penanaman yang digunakan merupakan dari hampas kelapa sawit sepenuhnya kerana ia mudah didapati di sini berbanding menggunakan hampas kelapa (cocoapeat).
Keluasan ladang untuk menempatkan anak-anak benih menjangkaui suku ekar dan ditutupi sepenuhya dengan menggunakan jaring berketelusan cahaya sebanyak 70%. Tujuannya supaya anak-anak benih tidak mendapat cahaya matahari yang terlampau untuk menghindarkan daun-daun mas cotek daripada rosak. Penyiraman dilakukan dengan menggunakan sumber dari air telaga sepenuhnya menggunakan pam elektrik berkuasa 2hp berserta dengan sprinklernya sekali.
Jarak antara setiap sprinkler adalah berukuran 25-27 kaki setiap satu walaupun radius untuk penyiramannya menjangkaui 30 kaki untuk memastikan yang anak-anak benih mendapat air siraman secara maksimum. Penggunaan sprinkler yang berkelajuan tinggi dan berbentuk halus penyiramannya disesuaikan untuk benih-benih mas cotek supaya media-media tidak terjejas/ terkeluar dari setiap polibeg.
Untuk mereka-mereka yang berminat mendapatkan benih-benih mas cotek terutamanya di kawasan Utara, bolehlah berhubung dengan pihak kami di :
Untuk mereka-mereka yang berminat mendapatkan benih-benih mas cotek terutamanya di kawasan Utara, bolehlah berhubung dengan pihak kami di :
F468, Kg Bukit Kechil,
Simpor, Sg Petani,
Kedah.
Tel : 016-2070535 ( Zull)
019-4945715(Mardzuki)
Simpor, Sg Petani,
Kedah.
Tel : 016-2070535 ( Zull)
019-4945715(Mardzuki)

No comments:
Post a Comment