Mas cotek atau dalam bahasa saintifiknya, Ficus Deltoidea merupakan tumbuhan herba yang kini mula mendapat perhatian di kalangan pengamal perubatan tradisional. Selain tongkat ali (Eurocoma Lingofolia) dan Kacip Fatimah (Labisia Pumila), mas cotek dikenali kerana khasiatnya yang dapat merawat pelbagai penyakit dan baik untuk penjagaan kesihatan.
Nama mas cotek diberi sedemikian disebabkan oleh bintik-bintik halus berwarna emas yang terdapat pada permukaan atas setiap helaian daun herba ini. Di Malaysia, para saintis telah mengenalpasti bahawa terdapat lebih daripada 80 spesis tumbuhan ini yang tergolong dalam keluarga Ficus Deltoidea. Difahamkan bahawa setiap bentuk, rasa, bau dan warna pada tumbuhan mas cotek ini menggambarkan kegunaannya untuk merawat penyakit yang berlainan.
Di antara Kandungan dan Kegunaan Ekstrak Mas Cotek Delto adalah
1. Flavonoid - merupakan anti oksida yang kuat yang membantu mengekalkan peredaran darah yang sihat, anti radang, anti rival, juga melindungi hati dan estrogen
2. Tannins - Kegunaannya untuk menegangkan tisu-tisu yang kendur, mengeringkan perembesan air yang berlebihan seperti cirit birit, dan melindungi tisu yang rosak seperti sakit kulit dan melecur
3. Triterpenoids - keberkesanannya untuk membuang serta mengeluarkan kahak disamping membantu dalam penyerapan nutrien
4. Phenols - Mengurangkan dan menghilangkan bengkak
5. Naringin - Bertindak sebagai anti-hypertension /anti-darah tinggi
6. Phytoestrogen - Berkesan dalam melewatkan menopaus (putus haid) atau bertindak sebagai awet muda
7. Moritinol - Sebagai anti-diabetes untuk mengurangkan kandungan gula dalam darah
Sunday, April 18, 2010
Kandungan dan Kegunaan Ekstrak Mas Cotek Delto
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment